PERSATUAN SENI SILAT LANGKAH BROMO
Persatuan ini dikenali dengan nama “PERSATUAN SENI SILAT LANGKAH BROMO”. Alamat dan tempat urusan berdaftar persatuan ialah di No. 3, Jalan TTP 2, Taman Tambak Paya Permai, 75460 Melaka.
Tujuan / Matlamat :
(1) Mempelajari ilmu mempertahankan diri.
(2) Mengisi masa lapang remaja dan belia bagi mengelakan berlaku aktiviti tidak bermoral.
(3) Untuk mempertahankan seni budaya mempertahankan diri melayu dikalangan ahli-ahli.
(4) Menjaga kebajikan am ahli-ahli Persatuan dan menjalankan kerja-kerja amal untuk masyarakat umum.
(5) Merapatkan perhubungan persahabatan diantara ahli-ahli dan memupuk semangat bantu-membantu, muhibbah dan sopan santun.
Motto :
"BERILMU BERIMAN BERAMAL BERTINDAK RASIONAL"
Tujuan / Matlamat :
(1) Mempelajari ilmu mempertahankan diri.
(2) Mengisi masa lapang remaja dan belia bagi mengelakan berlaku aktiviti tidak bermoral.
(3) Untuk mempertahankan seni budaya mempertahankan diri melayu dikalangan ahli-ahli.
(4) Menjaga kebajikan am ahli-ahli Persatuan dan menjalankan kerja-kerja amal untuk masyarakat umum.
(5) Merapatkan perhubungan persahabatan diantara ahli-ahli dan memupuk semangat bantu-membantu, muhibbah dan sopan santun.
Motto :
"BERILMU BERIMAN BERAMAL BERTINDAK RASIONAL"
FAHRUZ REDZA JAAFAR (AYAHANDA EDO)
Persatuan Seni Silat Langkah Bromo & Majlis Pewaris Bromo
SEDIKIT PENGENALAN SENI SILAT LANGKAH BROMO.
BROMO bahasa JAWA bermaksud "AYAH"
( ROMO) Langkah Ayahlah yang menjadi ikutan anak-anak. Banyak Perkara yang diterapkan didalam PSSL Bromo.Asal-usul Seni Silat ini dari Gabungan 13 perguruan Jawa yang khatam tiada sudahnya.
Cucu kepada "Embah Kassan" dan "Embah Parmin" Benut Pontian ini yang dulunya terkenal namanya di sekitar Tahun 50an ini telah mula menuntut ilmu persilatan pada umurnya masih muda 9tahun dengan "Embah Parmin" Yang dulunya terkenal juga sebagai Dukun Bomoh di Istana Diraja Johor.
Semasa sesi pembelajaran telah banyak beliau pelajari dari datok beliau sendiri baik mengenai ilmu silat jasmani dan rohani dan pada umur beliau belasan 13tahun Datoknya "Embah Parmin" telah kembali kerahmatullah sedihnya tidak terhingga.
Maka Bermulalah kembara beliau mencari guru yang telah disenaraikan oleh Datok beliau seramai 13 orang yang mereka bukan calang-calang ilmunya. Mereka juga rakan dan anak murid kepada Datoknya iaitu Embah Parmin.
Pelbagai dan ratusan cerita-cerita pengalaman yang cuba beliau ceritakan ketika belajar disetiap 13 perguruan. Setiap satunya mempunyai cara pengajaran dan watak kehidupan Ahlus Sufi yang berlainan cara pembelajaranya, tetapi aliran sama yang memang tidak terkenal di area dunia seni persilatan Malaysia tetapi terkenal di dunia Persilatan Guru Guru Silat yang sama menaikkan seni silat masing-masing dizaman itu..
Ada Diantara Guru-Guru beliau bernama "Pak Kadir" yang duduk dikawasan pendalaman hutan dikawasan Sedili Johor. Setiap malam beliau dari Kampung Melayu Bendahara menungang motor kesana demi mempelajari Ilmu Persilatan. Dikatakan hendak memasuki kawasan hutan ke rumah beliau sejauh 5 kilometer.
"Embah Agus" yang Tidak kurang Hebatnya Didalam Dunia Persilatan Dizaman itu.
Arwah "Abak" pun Tidak kurang Hebatnya semasa zaman beliau telah mempelajari 313 seni mempertahankan diri diseluruh tanahair malaysia, indonesia dan China dengan kongsep belajar yang agak glamour. Zaman Gurunya itu dipanggil "Pecah Gelangang". Jika beliau yang jatuh, beliau akan berguru. Jika Guru gelangang yang Jatuh, beliau tidak akan belajar seni silat itu.
Khatamnya "Guru Edo" ini apabila tamatnya tempoh bersuluk beliau diatas gunung sekitar johor selama 2 tahun setengah.
Dan Banyak cerita cerita yang Admin Tak dapat ceritakan disini kerana ada ratusan lagi cerita yang masih tersimpan didalam minda Admin untuk menulis di ruangan yang cukup sempit ini...
Banyak Jurusan Yang Diajar didalam PSSL Bromo
Seni Tari:
1.Jurusan Dicky Zulkarnain
2.Jurusan Ketep Madep
3.Gabungan 4eleman *chimande,chianji,chimacan,chimayong.
4.Jurus tunggal Tari Jawa(asas permualaan tari)
5.Jurusan Tepisan Diri.
6.Jurusan Gejolong Singgo
7.Jurusan Tangkap Tembung
8.Jurusan Garuda Bara
9.Jurusan Kyai Guling 4element.
Dan lain lain lagi....
1.Jurusan Dicky Zulkarnain
2.Jurusan Ketep Madep
3.Gabungan 4eleman *chimande,chianji,chimacan,chimayong.
4.Jurus tunggal Tari Jawa(asas permualaan tari)
5.Jurusan Tepisan Diri.
6.Jurusan Gejolong Singgo
7.Jurusan Tangkap Tembung
8.Jurusan Garuda Bara
9.Jurusan Kyai Guling 4element.
Dan lain lain lagi....
Buah Pukulan :
1.100 Pukulan TTS (TEMPUR TANPA SENJATA) 3pukulan pasti maut.
2.100 pukulan ringan dan bersahaja
3.100 TDS (TEMPUR DGN SENJATA)
4.Jurus Wajib 1-50 Langkah Rahsia Panglima Maja Pahit terdaya melawan 50 ke 60 orang disetiap langkah.
Dan lain lain lagi...
1.100 Pukulan TTS (TEMPUR TANPA SENJATA) 3pukulan pasti maut.
2.100 pukulan ringan dan bersahaja
3.100 TDS (TEMPUR DGN SENJATA)
4.Jurus Wajib 1-50 Langkah Rahsia Panglima Maja Pahit terdaya melawan 50 ke 60 orang disetiap langkah.
Dan lain lain lagi...
Detik-detik ketika dimajlis perasmian Persatuan Seni Silat Langkah Bromo diMelaka pada 19/05/2007 dan bersama jemputan khas Dato' Seri Paduka Ayahanda Jaafar Shaari.
Ayahanda edo bersama rakan-rakan dari Kedah..
Aktiviti BROMO di Tasik Belum, Perak pada 29/07/2008
No comments:
Post a Comment